Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Abdul Aziz Akhoondi, pemimin solat Jumaat terkenal di Gonbad- e Qabus, wilayah Golestan dalam satu wawancara eksklusif bersama Taghrib News Agency (TNA) mengucapkan takziahnya ke atas hari-hari perkabungan di bulan Muharam dan menyifatkan Imam Husain (a.s) sebagai guru perpaduan umat Islam yang mengajar bagaimana hidup bebas.Beliau menyeru umat Islam untuk memperlajari teladan melalui kebangkitan Imam Husain (a.s) dan menekankan bahawa masyarakat Sunni juga menumpahkan taat setia serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap Ahlul Bait (a.s)."Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk mengajar objektif dan falsafah di sebalik kebangkitan menentang kezaliman dan memaklumkan usaha Imam ke-tiga Syiah ini bagi memulihkan gaya hidup Nabi Muhammad (s.a.w)," kata beliau.Ulama Sunni ini turut memberikan amaran berkenaan misi pihak musuh terhadap Islam dan beliau mengkritik usaha-usaha yang ingin menghalang kemajuan orang Islam dengan membiayai dan membesar-besarkan fitnah dalam masyarakat muslim."Sekiranya kita ingin meneruskan jalan Imam Husain (a.s), kita perlu teguhkan pendirian menentang musuh Islam dan meningkatkan perpaduan demi menjaga agama kita," tambah beliau lagi.Pemimpin solat jemaah dari Timur Laut Golestan selanjutnya menceritakan kebudayaan penduduk Sunni dalam memperingati Asyura dan kesyahidan Imam Husain (a.s) serta sahabat-sahabatnya.
15 November 2013 - 20:30
News ID: 481525
Imam masjid Sunni di wilayah Golestan berkata, Imam ke-tiga Syiah Imamiyah adalah model perpaduan dan Asyura pula merupakan hari Islam diselamatkan dari golongan penindas.